Semua Pengedar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
PENAJAAN SEMULA
Adalah dimaklumkan hasil mesyuarat Tribunal pada 27 hb Julai 2007, maka Tribunal mendapati syarat penajaan semula perlu diperketatkan bagi memastikan tidak berlaku salah laku yang tidak beretika .
Antara syarat penajaan semula ialah :
- Pengedar yang hendak di taja semula hendaklah tidak aktif selama 6 bulan dari tarikh beliau hendak di taja semula.
- Syarat penjaan semula mesti minima 6 bulan dari keahlian sebelum ini.
- Status tidak aktif bermaksud dalam masa 6 bulan berturut-turut, pengedar tersebut tidak melakukan sekurang-kurang sekali belian bersyarat iaitu 50 nilai mata.
- Pengedar tersebut mestilah membuat permohonan dengan mengisi borang khas yang boleh didapati di cawangan yang berdekatan.
- Pengedar tersebut juga mestilah membuat permohonan untuk menamatkan status keahlian yang lama .
- Bagi yang sebelum ini mempunyai dua atau lebih keahlian di minta untuk mengistiharkan keahlian mana yang hendak diaktifkan.Tempoh pengistiharan berakhir pada Disember 2007. Sekiranya pengistiharan tersebut tidak dibuat oleh pengedar tersebut, maka syarikat secara automatik akan melucutkan keahlian yang lebih dari satu kepada hanya satu keahlian untuk satu individu. Borang pengistiharan keahlian lebih dari satu boleh didapati di mana-mana cawangan yang berdekatan mulai 1 September 2007.
Semoga mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak tuan/puan