| More

Tarikh : 17hb March 2010 Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Antaranya :
Album Baru Kunmpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….

Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya

| More

Pengarah Urusan telah bersetuju kembara herba boleh disertai kaum muslimat. Pertukaran ke Kembara Herba Ke Gunung Jerai. Penginapan di Dewan Umar Mukhtar (atas RFC Legenda Hights) .

21hb March 2010
08.00 Pagi – Daftar Dewan Umar Mukhtar(RFC Lagenda Hights)
10.00 Pagi – Menaiki Gunung Jerai
06.00 Petang – Pulang ke Dewan Umar Mukhtar
08.00 Malam – Kuliah Herba oleh Pengarah Urusan HPA

22hb Marh 2010
8.00 pagi – 5.00ptg – Kuliah Jawi Medical Herb bersama Pengarah Urusan HPA

Daftar segera ahli Kelab Kembara Radix Cuma RM100.00. +60139299944
Kepada ahli kembara sila beri nama kepada saya segera
#Bawa baju radix dan kembara dan selimut.

| More

6hb Marc 2010: Pada jam 5.30 tadi jenazah Muhammad Khairi b.Ismail dijumpai 3km dari tempat kejadian.Dijumpai oleh staf HPA Zon Timur yang turut membantu mencari. Muhammad Khairi putera ke 4 AGM Zon Timur En.Ismail Omar telah didapati hilang bawah arus deras Sg. Kubur Dala, Kuala Kerai Kelantan pada 6.00 ptg semalam.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Kuala Krai pada jam 6.00 petang dan telah dimandi dan kapan dihospital iu juga. Pada lebih kurang Jam 10.00 malam mayat akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Bandar Kuala Krai Kelantan.

Turut hadir ke tempat kejadian dan hospital ialah GM Akaun En.Rosli, AGM Zon Selatan Pn. Zaimah dan suami, Webmaster En.Mahadi, En Zairul Cola Radix, Pn Ros Zaiton Ilham Holidays dan staf zon timur yang juga turut mencari.

En.Ismail Omar semasa di temui memohon maaf kerana tidak dapat mangangkat panggilan telefon dan membalas sms daripada orang ramai. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian semua. Pengarah Urusan HPA juga telah membuat beberapa panggilan dan sms. Dan telah menhantar wakilnya GM Akaun En Rosli

Semoga Allah menyucuri Allahyarham Muhammad Khairi..Al Fatihah.
———————
Petikan sinarharian.com.my: http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story6904686.asp

Pelajar hilang ketika mandi ditemui lemas

KUALA KRAI – Anak Pengurus Pusat Operasi Zon Timur HPA Industries Sdn Bhd yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di muka kuala Sungai Lebir-Sungai Galas, dekat Kubur Dala, Kampung Tualang, di sini, kelmarin, ditemui lemas petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Nasir Hassan berkata, mayat Muhammad Khairi Ismail, 18, ditemui terapung oleh orang awam berhampiran Kampung Batu Lada kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 5.35 petang.

Menurutnya, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, di sini, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang kelmarin ketika mangsa sedang mandi bersama tiga lagi rakannya sebelum dia dilaporkan tiba-tiba hilang dipercayai hanyut dibawa arus.

“Bomba mula memantau kawasan mangsa dilaporkan hilang pada jam 8 pagi ini sebelum operasi mencari dan menyelamat oleh sembilan anggota Unit Skuba dimulakan pada jam 11 pagi,” katanya kepada :Sinar Harian:, di sini, semalam.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusma Mat Yusoff itu turut disertai Ketua Polis Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Inspektor Mazlan Idris bersama 13 anggota dan 30 penduduk.

Kejadian petang kelmarin berlaku ketika mangsa bersama tiga rakannya, Mohd Naim Aizat Zulfatah, 14, Mohd Afiq Ariff, 14, dan Hamizat Che Hasim, 35, sedang mandi di kuala dua sungai berkenaan yang membentuk Sungai Kelantan, dekat Kampung Tualang, di sini.

Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Omar berkata, anak keempatnya daripada lima adik beradik itu keluar dari rumah selepas solat Asar untuk mandi sambil mencari ‘etak’ (siput kecil) di sungai berkenaan.

“Sebelum keluar, Muhammad Khairi beritahu emaknya yang dia nak keluar ke sungai untuk cari ‘etak’. Emak dia sempat pesan supaya berhati-hati dan dia jawab, tak apa dan tak payah risau,” katanya.

Ismail berkata, dia menerima berita mengenai kejadian menimpa Muhammad Khairi daripada isterinya, Fauziah Mohd Zain kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu.

Katanya, walaupun bukan selalu tetapi anaknya yang pandai berenang itu sudah biasa mandi di sungai berkenaan sebelum ini.

“Tak ada, dia macam biasa saja,” kata Ismail ketika ditanya jika Muhammad Khairi ada menunjukkan perubahan atau kelakuan pelik sebelum kejadian itu.

| More

WARGA HPA. Mari kita berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah supaya anak lelaki EN ISMAIL AGM HPA ZON PANTAI TIMUR, Muhammad Khairi (17 Tahun) yang telah hilang Sungai Kubur Dala, Kuala Krai Kelantan. 2 KM dari rumah keluarga En.ismail.

Anak ini hilang semasa mencari etak (siput kecil ).Pihak bomba yang membuat pencarian gagal menjumpai sehingga maghrib tadi. Lebih kurang jam 8.00 malam pihak hentikan pencarian kerana gelap. Bomba akan membuat pencarian semula pagi esok

DOA MOGA DI JUMPAI DGN SELAMAT.AMIN

W/MASTER 0139299944

| More

PERJUMPAAN STAF HPA HQ PERLIS PADA 4HB MARCH 2010 PADA JAM 3.00 – 6.00PETANG. BERMULA DGN BACAAN AL QUARAN, TAZKIRAH OLEH UST ZULKAINAIN DAN UTAMA PENUH SEMANGAT PENGARAH URUSAN HPA, TUAN HAJI ISMAIL AHMAD ( Facebook Pu: Perubatan Jawi )

| More

4HB MARCH 2010: PERJUANGAN SEMAKIN HEBAT. TAHNIAH KEPADA HPA RAIHAN 3 BULAN PERTAMA YANG HEBAT. KERETA HPA RAIHAN TERBARU YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH HPA INDUSTRIES SDN BHD UNTUK TUJUAN PENGERAKKAN RAIHAN.

PADA 17HB MARCH 2010 HPA RAIHAN AKAN MEMBUAT MELANCARKAN ALBUM BARU “MUSAFIR PERJUANGAN” DAN “SELAWATERAPI” SERTA PROPDUK AROMI TERAPI RAIHAN DI DE PALMA AMPANG OLEH PENGARAH URUSAN HPA, TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD

| More

HOTEL EL-ZAHRAA INN BDR HPA SG.PETANI. (SEBELAH RFC LENGENDA HEIGHTS)
TEL: 04-4259144 / 04-4259150 FAX: 04-4259131

SUPERIOR SINGLE : RM90.00
SUPERIROR DOUBLE : RM100.00
DELUXE ROOM : RM120.00
EXECUTIVE ROOM : RM150.00

| More

Insyallah pada 17hb March 2010, HPA Raihan akan melancarkan Albun Baru ” Musafir Perjuangan” dan “Selawatherapi” serta Produk aromi terapi RAIHAN. Akan dilancarkan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan haji Ismail Bin Haji Ahmad

| More

Perjumpaan Staf HPA HQ 2, Bdr HPA Sg Petani, telah diadakan pada 3hb March 2010. Majlis bermula jam 3.00 dengan bacaan Al-Quran oleh Sdra. Naim Abdul Halim, Tazkirah oleh Ust Ahmad Ali Bin Alia(Pengerusi Panel Syariah HPA) dan ucapan Penuh semangat Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Hj.Ahmad. PU HPA juga telah memberi anugerah kenaikkan gaji tahunan kepada staf HPA HQ 2

| More

HPA Kini mempunyai rangkaian restoren di Kangar, Alor Star, Arau, Sg.Petani, Kluang, Melaka, Kota Bahru maklumat lanjut hubungi ibupejabat pengurusan: +6044427717 atau +60134895717