Tuesday, December 01st, 2009 | Author: admin
Milad HPA Indonesia akan diadakan pada 30 januari 2010 di Jakarta Konvention Centre dan dijangka kehadiran melebihi 5000 orang. Mereka yang ingin bersama rombongan HPA Malaysia bolehlah membuat tempahan tiket melalui HPA Ilham Holiday segera.

Pihak kami akan menguruskan semua keperluan seperti makan dan tempat tinggal di sana nanti.

Untuk keterangan lanjut, hubungi dengan HPA Ilham Holiday (013 -4389727 - Puan Roszaitun) segera.

No.32 Tingkat Bawah, Lengkok Cempaka 1

Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

(013 -4389727 - Puan Roszaitun)

TEL: 04 - 4482717 / 04-4482715 / 04-4482716 Fax:04-4482718

email: ilhamholidays@gmail.com

Category: Utama  | Leave a Comment
Friday, June 12th, 2009 | Author: admin

Jemaah Umrah kali ke3 HPA Ilham Holidays semuanya telah selamat kembali ke Malaysia, Alhamdulillah. Jemaah terakhir telah menjejakkan kaki di bumi Malaysia pada sekitar jam 4.00ptg semalam 10 Jun 2009.

Album jemaah umrah 4

Saya tidak berkesempatan untuk update aktiviti-aktiviti jemaah di Makkah kerana masalah kemudahan internet.

Kami tiba di Makkah dari Madinah pada 31 Mac 2009. Jemaah terus dibawa untuk mengerjakan umrah yang pertama. Perasaan terharu ketika melihat kaabah terutama kepada yang pertama kali mejejakkan kaki di Masjidil Haraam. Selesai umrah menjelang suboh.

Sepertimana di Madinah, HPA Ilham memilih untuk menempatkan jemaah di hotel yang hampir dengan masjid untuk kemudahan beribadat. Hotel Al-Karim yang diduduki jemaah hanya sekitar 5 minit berjalan kaki ke Masjid sememangnya memberikan keselesaan untuk berulang alik melalukan ibadat.

Hari ke 3 dan 4 di Makkah, jemaah dibawa untuk lawatan disekitar Makkah dan majlis penutup dibuat pada malam 6hb, makan nasi mandi di telaga zam-zam (sekadar nama tempat) iaitu tempat rehat-rehat keluarga Arab di sana.

Begitulah secara ringkas aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program Umrah yang dikendalikan oleh HPA Ilham Holidays. Banyak respons dari kalangan jemaah yang kami terima dan Alhamdulillah banyak yang positif. Namun, bagi HPA Ilham yang masih baru dalam pengendalian jemaah Umrah, masih banyak yang perlu dipelajari. Segala permasalahan dan pengalaman baru yang dilalui akan dijadikan pedoman untuk memastikan peningkatan kualiti pengurusan jemaah dimasa-masa akan datang.

Album jemaah umrah 5

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua jemaah yang mengikuti program Umrah kali ini dan kami doakan supaya ibadat Umrah yang telah dilaksanakan diterima oleh Allah. Jutaan kemaafan kami pohonkan diatas segala kelemahan dan segala salah dan silap sepanjang mengendalikan jemaah umrah pada kali ini. Kami mengharapkan sokongan berterusan dari ahli-ahli HPA diseluruh Malaysia bagi memastikan kesinambungan usaha kami untuk memberikan khidmat yang terbaik khasnya kepada ahli-ahli HPA dan penduduk Malaysia amnya untuk menjadi tetamu Allah di dua tanah Haraam.

Category: Utama  | Leave a Comment
Sunday, May 31st, 2009 | Author: admin

Update: 31 May 09 12:14 AM
Baru selasai majlis kuliah dan takliat yang dikendalikan oleh Y.Bhg Ustaz Khairul Anur.Tajuk perbincangan pada malam ini, fokus kepada hal-hal umrah yang akan bermula esok. InsyaAllah, sperti yang dirancangankan, kesemua jamaah umrah seramai 75 orang akan berlepas ke Makkah selepas Zohor esok.

Hari ini jadual agak padat dengan program ziarah yang telah disusun. Bermula denganlawatan ke Masjid Quba, masjid pertama yang dibina oleh nabi ketika berhijrah ke Madinah. Hebatnya masjid ini sehinga Allah menyebutkan secara rasmi didalam AlQuran. Lawatan diteruskan ke ladang & pasar kurma, Medan Uhud, kilang mencetak AlQuran Malik Fahd (peserta lelaki dihadiahkan AlQuran setiap seorang) dan seterusnya melalui Masjid Qiblatain dan terus pulang ke Masjid Nabawi untuk solat Zohor. Satu pengalaman yang cukup menarik.

Indahnya bersama program umrah kendalian HPA Ilham Holidays ialah kita menyusun program-program kuliah pada setiap malam selepas makan malam. kebiasaannya perbincangan berkisar tentang apa yang dijadualkan pada esok hari. Sebagai contoh malam ini tajuk kuliah ialah ‘umrah’ yang mana esok sememangnya dijadualkan untuk perlaksanaan umrah. Jadi peserta umrah dibekalkan dengan ilmu dan bukan hanya membuat amalan sekadar ikut-ikutan.

Kuliah malam semalam amat menarik bagi pandangan saya. Ustaz Khairul membuka maklumat-maklumat yang begitu asing namun begitu menarik bagi diri saya. Beliau menceritakan maklumat tentang raudhah, baqi’ dan kelebihan berselawat. Subhanallah, cukup menarik.

Inilah yang hendak kita bawa di dalam program umrah anjuran kita. Para jemaah bukan hanya dibawa untuk mengerjakan umrah, namun mereka diberi ilmu untuk melakukan sesuatu ibadat. Para leader yang mengikuti program juga diberikan slot-slot khusus tazkirah kepada peserta yang lain. Malam semalam menyaksikan satu pembentangan yang menarik oleh PJS Azizan yang mengaitkan perjuangan HPA dengan Perjuangan nabi dan para sahabat.

KLIK utk album jemaah umrah 3

Disertakan gambar-gambar untuk tatapan semua. Terima kasih kepada Sakinah, salah seorang peserta Umrah. Gambar-gambar ini dan gambar sebelum ini adalah hasil kerjatangan beliau untuk dikongsi bersama pembaca.

Category: Utama  | Leave a Comment
Thursday, May 28th, 2009 | Author: admin

4:28 PM (Saudi) 28 May 2009.
Ketika blog ini ditulis, kami baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, juga baru selesai solat jenazah ummat yang dipilih Allah utk kembali ke rahmatulLah di Madinah dekat dengan Nabi, dekat dengan para sahabat, dibumi yang penuh dengan barokah. Alangkah bertuah dan berbahagianya mereka.

Kami tiba di Jeddah sekitar jam 6:45 ptg (Saudi) 27hb May, dan seperti yang sedia maklum, urusan di Lapangan Terbang Jeddah mengambil masa yang agak lama. Dengan jemaah yang ramai, maklumlah cuti sekolah. Apatah lagi dengan sistem baru yang diperkenalkan Kerajaan Saudi, telah menambah lagi masa proses dokumentasi. Jemaah sempat ‘berkelah’ dengan penuh berselera di tepi bas, di kawasan letak kereta sambil menunggu urusan dokumentasi diselesaikan. Alhamdulilah, kita bersyukur kerana Allah sentiasa membantu memudahkan urusan kita.

KLIK: album jemaah umrah 2

Perjalanan diteruskan ke Madinah dengan hati yang penuh dengan kerinduan kepada Rasul tercinta. Jemaah yang keletihan setelah seharian menempuh perjalanan, tidur nyenyak tanpa menyedari masa perjalanan yang dilalui. Berhenti untuk solat suboh di R&R, terasa seperti berada di Malaysia kerana ramainya jemaah dari Malaysia yang turut berhenti untuk solat di situ.

Akhirnya kami menjejakkan kaki di Tanah Haram Madinah sekitar jam 7 pagi. Sarapan telah tersedia dan masing-masing mendapat kunci bilik penginapan. Hotel yang ditempah, Badr Alawwal berada di hadapan Baqi’ dan begitu hampir dengan Masjid. Sememangnya akan memudahkan urusan kerja-kerja ibadah para peserta umrah. Pemandangan Masjidil Haram dari tingkap bilik begitu menyentuh jiwa yang memandang. Cikgu Murad yang telah beberapa hari menginap di situ menyambut kami dengan gembira. (beliau membuat tempahan umrah Free & Easy dari HPA Ilham Holidays)

Setelah bersih diri, sekitar jam 8, jemaah dibawa untuk menziarahi Maqam Rasul yang dikasihi. Rasa kesyahduan menebal dijiwa, tidak tertahan air mata yang mengalir ketika berdiri dihadapan maqam nabi tercinta. Perasaan kasih dan cinta seperti tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Salaam diucapkan bersama iringan salam para sahabat dan pejuang HPA yang dititipkan kepada baginda. Alhamdulillah, jemaah dapat mengerjakan solat sunat di Raudhah dan kepuasan bercampur kesyahduan jelas terpancar di wajah-wajah mereka.

Pagi tadi telah mendapat sms dari Ustaz Khairul Anuar menyatakan kumpulan kedua umrah telah berlepas dari KLIA menuju Jeddah. Mereka dijangka tiba pada jam 7 mlm ini untuk bersama-sama dengan jemaah umrah pertama, InsyaAllah.

Category: Utama  | Leave a Comment
Wednesday, May 27th, 2009 | Author: admin

Update 1: jemaah umrah

Alhamdulillah, jemaah umrah kumpulan pertama telah pun selamat sampai di Dubai pada jam 4.00 pagi (waktu Dubai) 8 pagi waktu Malaysia. Dalam penerbangan bertemu dengan jemaah umrah dari Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ust Nazim Desa.

Tiba di Dubai, disambut oleh agen pelancongan untuk membawa kami melawat sekitar Dubai. Dalam kesuntukan masa, kami sempat melawat beberapa tempat menarik di sana seperti Burj Al Dubai, Muzium Kesenian Islam, Masjid terbesar di Dubai dan beberapa tempat lagi. termasuk didalam pakej, makan nasi beriyani di Hotel Palm Beach. walaupun keletihan, keceriaan masih terpancar diwajah masing-masing.

Kami sekarang sedang menunggu boarding penerbangan ke Jeddah. Mutawwif kita di sana telah bersedia menyambut ketibaan kami.

saya akan cuba untuk upload gambar-gambar terkini melalui PICASA untuk dikongsi bersama ahli-ahli HPA di Nusantara.

KLIK untuk album jemaah umrah 1
Category: Utama  | Leave a Comment
Monday, May 25th, 2009 | Author: admin


Ahli-ahli HPA diseluruh Malaysia boleh membuat penempahan tiket penerbangan anak syarikat Malaysia Airlines Bhd iaitu FireFly melalui HPA ILham Holidays Sdn Bhd. HPA Ilham telah dilantik secara rasmi menjadi agen terus (Direct Agent) kepada syarikat penerbangan tersebut.
Ini merupakan penambahan terbaru terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak HPA Ilham kepada para ahli disamping tempahan tiket penerbangan sedia ada.
HPA Ilham Holidays Sdn Bhd
04-448 2717 / 2715
Category: Utama  | Leave a Comment
Monday, May 25th, 2009 | Author: admin

Umrah pada bulan Ramadhan tahun ini telah dibuka untuk pendaftaran. Kepada ahli-ahli yang berminat sila berhubung dengan HPA Ilham Holidays di talian: 04-448 2717 / 2715.

Harga akan diberitahu kelak memandangkan syarikat penerbangan masih belum mengeluarkan senarai harga untuk penerbangan bulan Ogos ke atas.

Tarikh dalam perancangan: 22 Ogos hingga 3 September 2009.

Jemaah dijangka sampai sehari sebelum Ramadhan dan akan menyaksikan suasana menyambut kehadiran Ramadhan di Tanah Suci, InsyaAllah.

Category: Utama  | Leave a Comment
Monday, May 25th, 2009 | Author: admin

InsyaAllah, bermula 27hb Mei ini akan berlepas jemaah-jemaah umrah HPA untuk menunaikan ibadah Umrah di Makkah. Mereka akan diketuai dan dibimbing oleh seorang Ustaz yang terkenal di Perak iaitu Ustaz Khairul Anuar Ahmad yang banyak mengisi kuliah dan ceramah agama di Perak khususnya di Ipoh.

Jemaah umrah seramai 75 orang ini akan terus ke Jeddah dan InsyaAllah menyambung perjalanan langsung ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah dan beribadat di Masjid Nabawi yang mempunyai fadhilat yang kedua terbesar selepas Masjidil Haraam di Makkah. Lawatan disekitar madinah juga disusun bagi para jemaah umrah menghayati akan perjuangan Nabi S.A.W dalam menyebarkan Islam dibumi penuh barokah ini.

Seterusnya, sekitar hari keempat, jemaah umrah akan bertolak ke Makkah menaiki bas dan akan terus berada di sana sehingga hari pulang yang dijadualkan pada 9hb Jun 2009. Lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Makkah juga disusun kepada para jemaah.

Kami memohon semua ahli HPA supaya berdoa kepada Allah agar memberi keselamatan kepada kami, diberkati perjalanan dan ibadah kami dan semoga dikurniakan oleh Allah Umrah Mabrurah. Kami disana InsyaAllah akan mendoakan kesejahteraan HPA dan seluruh ahli-ahlinya agar diberikan kekuatan untuk terus berjuang menyebarkan produk halal dan membangunkan ekonomi Islam dan seterusnya mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Doakan kami…

Jafri Abu Bakar

Category: Utama  | Leave a Comment
Thursday, April 23rd, 2009 | Author: admin

Pihak HPA Ilham Holidays sedang mengumpulkan nama ahli-ahli yang berhajat untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Antara syarat-syarat untuk mengikuti pakej ini:

1. Berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (walaupun belum mendapat giliran)
2. Mahram (untuk wanita bawah 60thn)

Untuk yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi:

HPA Ilham Holidays Sdn Bhd
04-448 2717 / 2715 Cik Zuria
019-497 8068 Ust Khairul Anuar
013-438 4717 Jafri Abu Bakar

Sila hantarkan maklumat berikut:

1. Nama penuh.
2. No Kad Pengenalan
3. No daftar haji.
4. Alamat lengkap surat menyurat.
5. No telefon untuk dihubungi.

ke email: bizdev_hpa@yahoo.com atau jafri_ab@yahoo.com
atau faxkan ke: 04-448 2718

Sila sebarkan info ini kepada seluruh warga HPA.

Category: Utama  | Leave a Comment
Friday, January 02nd, 2009 | Author: admin

HPA Ilham Holidays Sdn Bhd: Pada 28hb - 31hb december 2008.telah menganjur satu lagi lawatan ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia. kali ini peserta dari Kelab Pemimpin Utara seramai 120 org. Lawatan ini diketuai sendiri oleh pengurus Ilham Holidays Sdn Bhd. HPA Ilham Holidays Sdn Bhd ingin mengucapkan ribuan terimaksih kepada KPU terutama ketua kumpulan PJS Ust Mohd Zahir Ghazali kerana mengunakan khidmat HPA Ilham Holidays Sdn Bhd.Untuk lawatan ke Padang

Sebahagian ahli Kelab Pemimpin Utara (KPU) yang mengunjungi Kota Padang dan Bukit Tinggi pada 28 - 31 Disember 2008 baru-baru ini.

Pelbagai peristiwa suka duka mereka alami sebelum, semasa dan selepas pulang dari sana.

Ends…….

Category: Utama  | Leave a Comment