STOKIS merupakan pemborong produk-produk HPA dalam kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada ahli-ahli (Pengedar HPA). Kebiasaannya STOKIS akan menyediakan ruang stor yang kecil.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi STOKIS HPA, sila buat permohonan dengan mengisi borang permohonan Agen Stok HPA yang terdapat di Cawangan HPA, HPA Halal Mart dan Kiosk HPA diseluruh Malaysia.
Syarat-syarat daftar sebagai STOKIS (STK) :
- Telah mendaftar sebagai pengedar HPA.
- Telah Mengikuti mana-mana Program Eksklusif Sentuhan Pemimpin (ESP) atau Program Khas Laluan ke Puncakjaya (KPLP) anjuran Seketariat ESP Malaysia (SKEMA).
- Modal permulaan sebanyak RM5,000.00. STOKIS akan mendapat 11% keuntungan dari nilaimata Jualan yang terkumpul setiap bulan.
- Wajib menghantar laporan jualan kepada pihak syarikat setiap bulan (Sila rujuk dengan Bahagian MIS berkaitan penyediaan laporan jualan).
