SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI AWM

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
Produk Kami
Lebih 500 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 5000 jenis produk lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2010 HPA telah membeli bangunan setinggi 13 tingkat di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta.
Baca selanjutnyaRangkaian Kami
Jumlah Cawangan sebanyak 200 cawangan dengan 37 cawangan utama. Jualan tertinggi pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga terdapat perniagaan lain seperti 11 buah restoren makanan segera (RFC). perhotelan, homestay, dobi, restoren masakan cina, restoren organik, restoren pizza (Malaysia dan Indonesia)
Baca selanjutnya